Saya risau..

Author: nadz rulez

ye..tajuk yg sangat mudah..saya risau dengan masa depan. Dengan keadaan ekonomi negara yg agak tidak stabil dan keadaan kewangan saya yg agak goyah.ditambah pula bakal menerima kehadiran cahaya mata.arghh sangat risau.

Tapi saya bukan ketua keluarga, kenapa pula saya yg perlu rasa risau? Ya itu adalah kerisauan yang kedua kerana saya rasa org yg sepatutnya berasa risau tidak berasa begitu…

Kita hidup tak boleh secara kais pagi makan pagi kais petang makan petang..kita perlu memikir jauh ke hadapan..apakah simpanan kita cukup untuk perbelanjaan anak? Ubat sakit pening? Hal2 kecemasan yang kita tak duga..

Kita tak boleh malas..penat dalam mencari rezeki yg lebih..yaa.. gaji kita hanya cukup2 makan..kita sukar membuat simpanan..

Tahun ini rumah yang dibeli akan siap..gaji akan mula dipotong..apa lagi yg tinggal utk teruskan hidup? takkan nak berserah sahaja..Kalau saya ini lelaki..kudrat saya banyak..saya akan buat semua.Tak perlu harapkan org lain..Ya saya mahu hidup yg selesa bukan sekadar cukup makan dan berhutang…

Saya mahu anak saya dapat makanan yg sempurna, pakaian yang selesa , pendidikan yg terbaik..semua itu perlukan duit..

Saya merayu supaya kerajaan tidak memotong cola ( walapun baru dengar khabar2 angin..)

Saya bersyukur kerana keluarga saya org berada. Saya amat berterima kasih kepada mak ayah saya yg secara tidak langsung sebenarnya banyak membantu hidup saya. Tanpa mak saya takkan mampu membayar deposit membeli rumah..mak juga membelikan pakaian dan keperluan utk anak saya yg bakal lahir..mungkin juga bil hospital ( saya akan bersalin di swasta) walaupun mak tak pernah sebut..Ini bukan tanggungjawab mak..tapi atas sifat prihatin dan mak tau saya bukan senang.

Saya mudah sensitif skrg..sekarang saya tau siapa yg benar mengambil berat pada saya..Saya sangat sayangkan mak dan ayah..Terima kasih sangat2.. begitu juga kedua2 adik saya..saya tak sabar menunggu kita semua akan berkumpul lagi dlm satu keluarga..

2 Responses to “Saya risau..”

  1. yati, muar Says:

    hi, still remember me ?
    Lama dah tak dengar khabar. Tahniah sebab bakal menimang cahaya mata. Hope, kita dapat jumpa lagi.

  2. nadz rulez Says:

    ..eh hai..mana awk tau blog kita ni…hahaha alamak malunya ada org baca…boleh2 kita skrg jadi ckg..mengajar kat jb..

Leave a Reply